Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembayaran pencen, elaun, BKB melalui bank diperkenan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) untuk melaksanakan pembayaran pencen-pencen, elaun-elaun dan Bantuan Kebajikan Bulanan (BKB) melalui bank mulai Mac 2020.

    JAPEM membuat pengumuman berkenaan berikutan perkembangan terkini mengenai COVID-19 seperti yang dimaklumkan melalui Persidangan Media Kementerian Kesihatan pada 16 Mac 2020 dan juga pada menyokong nasihat Kementerian Kesihatan yang disampaikan melalui Kenyataan Media Situasi Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan pada 13 Mac (tegahan mass gathering).

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, JAPEM menjelaskan bahawa pembayaran melalui bank berkenaan ditawarkan sebagai pilihan tambahan kepada semua penerima selain daripada pembayaran secara lazim melalui penghulu dan ketua kampung.

    Para penerima pencen, elaun dan BKB yang ingin memilih kaedah pembayaran melalui bank dikehendaki untuk mengisi borang permohonan yang boleh didapati dari semua cawangan JAPEM seluruh negara atau pun dimuat turun melalui laman sesawang KKBS http://www.kkbs.gov.bn/Lists/latest%20Announcement/NewDispForm.aspx?ID=34 atau laman sesawang JAPEM http://www.japem.gov.bn/Themed/borang/form_On-line.htm.

    Bagi pembayaran melalui bank pada Mac ini, borang yang lengkap diisi hendaklah dihadapkan selewat-lewatnya 19 Mac kepada semua cawangan JAPEM atau dihantar melalui e-mel iaitu bahagian.pencen@japem;gov.bn bagi borang pencen-pencen dan elaun serta info@japem.gov.bn bagi borang BKB.

    Manakala itu, borang-borang yang diterima selepas 19 Mac akan diproses bagi pembayaran pada April dan selanjutnya.

    Setiap permohonan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan oleh institusi-institusi perbankan yang berkuat kuasa pada masa ini dan juga garis pandu pembayaran melalui bank yang boleh diperolehi melalui pautan http://www.japem.gov.bn/Themed/Garispandu/garis%20pandu.htm.

    Bagi sebarang keterangan lanjut mengenai perkara ini, orang ramai boleh menghubungi Talian Kebajikan 141.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda