Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Pembayaran pencen perkhidmatan, turunan melalui kaunter

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan melaksanakan pembayaran Pencen Perkhidmatan dan Pencen Turunan melalui kaunter (Walk-In) bagi Julai 2022.

    Pembayaran pencen perkhidmatan bagi Daerah Brunei dan Muara akan dilaksanakan di Kaunter Bahagian Hasil, Tingkat 1, manakala itu pembayaran pencen turunan akan dilaksanakan di Kaunter Bahagian Pembayaran dan Kutipan Hasil, Tingkat 2, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, pada 28 Julai bermula pukul 7:30 pagi hingga 3:30 petang.

    Manakala itu, pembayaran pencen perkhidmatan dan pencen turunan bagi Daerah Tutong, Belait dan Temburong akan dilaksanakan di kaunter pejabat, cawangan Jabatan Perbendaharaan di daerah-daerah berkenaan pada tarikh dan waktu yang sama.

    Pembayaran pada hari-hari berikutnya iaitu sehingga 11 Ogos adalah pada pukul 8:30 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang di kesemua cawangan.

    Kementerian Kewangan dan Ekonomi mengingatkan para penerima untuk membawa kad pengenalan asal dan sentiasa memakai pelitup muka.

    Sementara itu, bagi mereka yang berwakil, dinasihatkan membawa borang surat wakil yang lengkap, kad pengenalan asal yang berwakilkan dan kad pengenalan asal yang diwakilkan.

    Bagi mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan ke atas tatacara pembayaran yang dimaksudkan, mereka boleh menghubungi talian-talian yang telah disediakan iaitu 2380822 atau 2383469.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...