Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pembayaran pencen secara pandu, kaunter

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan melaksanakan pembayaran Pencen Perkhidmatan dan Pencen Turunan bagi Mac 2022 secara pandu lalu dan melalui kaunter.

    Bagi pembayaran pencen perkhidmatan dan pencen turunan secara pandu lalu bagi Mac 2022 akan dibuat pada 24 Mac dari pukul 7:30 pagi hingga 3:30 petang di mana bagi Daerah Brunei dan Muara, pembayaran akan dibuat di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), manakala bagi Daerah Tutong, pembayaran akan dibuat di Tempat Letak Kereta Kompleks Sukan Tutong dan bagi Daerah Belait, pembayaran akan dibuat di kawasan penurunan pejabat, Cawangan Jabatan Perbendaharaan, Bangunan Baru Pejabat Kerajaan, Kuala Belait.

    Sementara itu, pembayaran yang dibuat melalui kaunter akan dilaksanakan pada 26 Mac hingga 7 April bagi Daerah Brunei dan Muara di Kaunter Bahagian Pembayaran dan Kutipan Hasil, Tingkat 2, Island Block, Jabatan Perbendaharaan, bagi Daerah Tutong akan dibuat di Kaunter Cawangan Jabatan Perbendaharaan, Daerah Tutong dan bagi Daerah Belait akan dibuat di Kaunter Cawangan Jabatan Perbendaharaan, Tingkat Bawah, Bangunan Baru Pejabat Kerajaan, Kuala Belait.

    Sehubungan dengan itu, pembayaran pencen melalui kaunter akan bermula pada pukul 8:30 pagi hingga 11:30 pagi dan dari pukul 1:30 petang hingga 3:30 petang pada tarikh-tarikh berkenaan.

    Kenyataan turut menyatakan bahawa waktu pembayaran pada bulan Ramadan adalah dari pukul 8 pagi hingga 1 petang sahaja di kesemua cawangan di keempat-empat daerah.

    Kementerian Kewangan dan Ekonomi mengingatkan kepada para penerima untuk membawa kad pengenalan asal, di mana hanya kod BruHealth berwarna hijau atau kuning dibenarkan dan perlu sentiasa memakai pelitup muka.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...