Saturday, December 7, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembebasan guru agama atas tuduhan serangan seksual dibatalkan

    Oleh Nour Maghfirah –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Mahkamah Rayuan, Sabtu lalu, telah membatalkan pembebasan seorang guru agama atas tuduhan serangan seksual, dengan membenarkan permohonan pendakwa raya selepas mendapati kesilapan dalam keputusan Mahkamah Perantaraan.

    Mohammad Ali Yusni bin Haji Bujang akan dijatuhkan hukuman pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Mahkamah Perantaraan, selepas keputusan Mahkamah Rayuan bahawa hakim telah tersalah arah dalam membuat keputusan.

    Keputusan pada 11 November yang dibuat oleh Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong, bersidang bersama Hakim Michael Peter Burrell dan Hakim Conrad Seagroatt, secara efektif mensabitkan kesalahan bagi menggantikan pembebasan tersebut.

    Timbalan Pendakwa Raya Hajah Suriana binti Haji Radin memohon perubahan tersebut selepas Mahkamah Perantaraan membebaskan Mohammad Ali Yusni daripada pertuduhan mencabul kehormatan seorang murid perempuan berusia 12 tahun dengan menggunakan kekerasan jenayah pada 26 Oktober 2021.

    Mahkamah Rayuan meneliti keputusan Mahkamah Perantaraan, yang berdasarkan ketiadaan kekerasan jenayah.

    Selain mendapati kesilapan dalam membuat keputusan berdasarkan alasan-alasan teknik, Mahkamah Rayuan mendapati bahawa Mohammad Ali Yusni “tidak boleh dipertikaikan lagi memegang amanah dan hakikat bahawa mangsa mempunyai beberapa bentuk atau tahap perasaan suka menyebabkannya (mangsa) terdedah kepada kecenderungan seorang lelaki yang jauh lebih tua yang berada dalam loco parentis terhadapnya dan mengambil kesempatan usia mudanya untuk melakukan perbuatan seksual yang menyalahi undang-undang.”

    Hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada tiga anggota itu menekankan bahawa mangsa berada dalam “kecenderungan yang agak pasif yang memudahkannya (Mohammad Ali Yusni) untuk menggunakan tindakan kekerasan yang minimum untuk menyerang mangsa secara seksual dan terdapat bukti yang jelas mengenainya. Tidak ada sebab yang membuatkan hakim (Mahkamah Perantaraan) tidak mempercayai (mangsa).”

    Peguam Ahmad Basuni Abbas dari Tetuan Abrahams Davidson & Co mewakili Mohammad Ali Yusni sepanjang perbicaraan dan sebagai maklum balas kepada rayuan pendakwa raya.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda