Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pembekal buluh tumpang rezeki sempena PRU15

    PADANG BESAR, 15 NOV – Penggunaan buluh begitu sinonim apabila tiba musim perayaan, namun pada tahun ini pembekal buluh di seluruh negara mendapat manfaat dan “tumpang” rezeki susulan permintaan yang tinggi sempena Pilihan Raya Umum ke-5 (PRU15).

    Batang buluh sering kali diguna pada PRU sebagai tiang bendera bagi mengibarkan bendera-bendera gabungan parti-parti yang bertanding seperti Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PN) dan beberapa parti lain.

    Penjual buluh terkenal, Ghazali Hassan, 60 yang membekal dan memborong pelbagai batang buluh di kawasan Padang Besar sejak lima tahun lepas, berkata sejak bahang PRU semakin terasa, beliau telah banyak menerima tempahan bukan sahaja dari penduduk setempat malah di sekitar lokasi berkenaan.

    “Sempena PRU15 ini, memang banyak permintaan diterima di sekitar Padang Besar malah di beberapa lokasi lain di Perlis ini. Banyak parti politik yang menempah tidak kira apa parti sekalipun.

    “Sepanjang PRU15 ini, sekitar ratusan batang buluh berjaya dijual, hinggakan bekalan milik saya pun sudah habis dan terpaksa minta bantuan daripada rakan-rakan lain yang memiliki pokok buluh untuk menyiapkan tempahan pelanggan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

    Beliau yang juga seorang pesawah dan terkenal dengan panggilan ‘Encik Man’ ternyata bersyukur kerana bukan hanya dia yang menerima tempias rezeki PRU, malah rakan-rakannya turut berkongsi rezeki sampingan ketika tibanya PRU.

    “Penjualan batang buluh selalunya hanya dijadikan pendapatan sampingan sahaja kerana ia bermusim terutama pada Hari Raya, kenduri dan beberapa acara lain, namun dengan tibanya PRU, ia sedikit sebanyak membantu menambah pendapatan penduduk kampung di sekitar ini,” katanya. – Bernama

    Pembekal buluh, Ghazali Hassan menebang buluh bagi memenuhi permintaan sekaligus memperoleh pendapatan tambahan kira-kira RM5,000 sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...