Pembekuan aset punca peniaga Afghanistan merana

AQINA, AFGHANISTAN – Aqina merupakan lintasan sempadan dengan perkhidmatan kereta api yang menghubungkan Afghanistan ke Turkmenistan seterusnya ke Azerbaijan, Georgia, Turki dan Eropah. Ia adalah titik perdagangan penting yang menghubungkan Afghanistan dengan negara-negara di barat.

Segelintir ahli perniagaan tempatan yang bertemu, mengadu tentang keadaan perniagaan yang semakin teruk. Mereka berkata perniagaan mereka telah musnah selepas pembekuan aset Afghanistan oleh Washington.

“Perniagaan kami gagal. Kami tidak dapat wang daripada bank, jadi kami tidak boleh mengimport barangan yang mencukupi. Perniagaan tidak pernah menjadi lebih teruk,” kata pengimport minyak Aqina, Mohammad Daud Niazi.

Niazi menjalankan pelbagai perniagaan, tetapi tidak wujud selepas Amerika Syarikat membekukan lebih AS$9 bilion dalam aset milik bank pusat Afghanistan berikutan pengambilalihan Afghanistan oleh Taliban pada perte-ngahan Ogos.

Washington menarik balik semua tentera AS di Afghanistan pada Ogos mengakibatkan ketidaktentuan politik, kemiskinan yang melampau, ketidakstabilan ekonomi dan cukup memufliskan negara dan membiarkan rakyat ‘membersihkan’ kucar-kacir itu.

Ramai rakyat Afghanistan menyalahkan keadaan huru-hara itu sebahagiannya disebabkan oleh pembekuan AS terhadap aset bank pusat Afghanistan, yang mendorong penduduk tempatan untuk mengeluarkan apa sahaja yang mereka boleh daripada bank. Untuk mengelakkan kebankrapan, bank pusat telah meletakkan sekatan yang ketat terhadap pengeluaran.

“Kami tidak boleh mengeluarkan wang yang mencukupi, jadi tidak boleh mengimport barangan yang mencukupi,” kata seorang lagi peniaga Abdul Rashid kepada Xinhua.

“Setiap hari kami boleh mengimport sehingga lima gerabak tepung dari Turkmenistan. Kami tidak mempunyai wang untuk melakukan apa-apa lagi.”

Samalah ceritanya bagi jabatan kastam di Aqina. Mawlawi Jawid juga menyalahkan AS. “Kami pernah mengimport tepung, gandum, minyak dan gas dari Turkmenistan dengan trak dan rel,” katanya. Pegawai itu juga mengesahkan bahawa sehingga 500 tan bahan api diimport setiap hari.

Kerajaan sementara Taliban yang pembentukannya diumumkan pada 7 September telah berulang kali meminta AS untuk menyahbekukan aset dengan agensi bantuan memberi amaran tentang kekurangan makanan akut bagi lebih 22 juta rakyat Afghanistan pada musim sejuk akan datang. – Xinhua

Seorang pekerja kelihatan memunggah guni tepung dari trak di pelabuhan Aqina di daerah Khani Chahar Bagh di wilayah Faryab, Afghanistan. – Xinhua
Kelihatan beberapa buah trak di pelabuhan Aqina. – Xinhua