PEMBELA anjur kelas tarian tradisional maya

Oleh Daniel Lim

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Persatuan Belia Daerah Belait (PEMBELA) telah memaklumkan bahawa pendaftaran bagi kelas Tarian Jipin Laila Sembah secara maya telah dibukakan.

Kelas itu dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan matlamat untuk memperkenalkan salah satu tarian zapin tradisi Brunei.

Orientasi bermula hari ini dan kelas akan diadakan pada pertengahan Disember depan.