Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembelajaran bahasa kukuhkan jalinan

    CHICAGO – Festival Kebudayaan China yang dianjurkan bersama oleh Institut Confucius di Chicago (CIC) dan Sekolah Awam Chicago (CPS) merupakan cara yang baik bagi pelajar AS untuk mendapatkan pengetahuan mengenai China jelas Pengarah CIC, Jane Lu.

    CIC giat dalam menumpukan kepada aspek mempromosikan bahasa dan kebudayaan China di Chicago dan ia jelas memberikan manfaat kepada para pelajar di CPS.

    “Hakikatnya, kami berperanan selaku cermin dan jambatan yang memberikan penghubung dan gambaran terhadap konteks sebenar di China,” jelas Lu dalam sebuah sesi temubual bersama Xinhua.

    Lu telah memegang jawatan selaku guru Bahasa Cina di CPS sekaligus memegang jawatan selaku Pengarah CIC sejak tahun 2010.

    Program Bahasa Cina Sedunia mula diimplementasikan di CPS bermula pada tahun 1999 di mana ia mula diperkenalkan di tiga buah sekolah dan ia jelas kelihatan semakin berkembang sejak tahun 2006.

    Kini, seramai 13,000 orang dari 400,000 pelajar CPS cukup arif dan bersemangat dalam mempelajari Bahasa Cina setiap hari.

    Di samping sesi pembelajaran melalui bilik darjah, CIC bersama-sama dengan CPS juga telah menganjurkan pelbagai aktiviti kebudayaan sekaligus menjemput sarjana dari China untuk mengajarkan seni Tai Chi dan Kungfu, memberikan ceramah mengenai sejarah China termasuk festival kebudayan seperti Festival Musim Bunga China dan Festival Pertengahan Musim Luruh.

    Tahun ini merupakan kali keempat bagi CIC dan CPS bekerjasama untuk menganjurkan Festival Kebudayaan China di mana para pelajar CPS berpeluang untuk menyaksikan sendiri persembahan nyanyian dan tarian China sekaligus mempelajari teknik penulisan kaligrafi China, pemotongan kertas, permainan catur dan seni lukisan.

    Dalam memberi perasaan intuitif tehadap Chian kepada para pelajar, CIC telah menghantar seramai 20 ke 30 pelajar ke China sejak penubuhannya dan program itu tetap berkekalan sehingga kini.

    Selama program yang berlangsung selama empat hingga enam minggu di China itu, para pelajar telah meluangkan masa selama setengah hari untuk belajar Bahasa Cina di kelas dan setengah hari untuk menyertai aktiviti kebudayaan.

    Kanak-kanak juga teruja mempelajari kebudayaan China seperti taichi dan kungfu.
    Pengarah Institut Confucius di Chicago (CIC), Jane Lu berpendapat bahawa dengan meningkatkan sesi pembelajaran Bahasa Cina kepada pelajar di AS secara tidak langsung dapat meningkatkan jalinan dua hala antara dua negara tersebut. –Xinhua
    Kanak-kanak di Chicago teruja untuk mempelajari Bahasa Cina termasuk seni kaligrafi. – Xinhua
    Institut Confucius di Chicago (CIC) akan berterusan meningkatkan usaha dalam melaksanakan pembelajaran dari aspek bahasa dan budaya China kepada para pelajar di AS.

    Untuk tujuan itu, CIC juga telah bekerjsama dengan Sekolah Menengah yang memiliki hubungan baik dengan Universiti Renmin China, Sekolah Tinggi No.4 Beijing, Sekolah Bahasa Asing Beijing, Sekolah Tinggi Model Nanyang Shanghai dan Sekolah Tinggi Shenyang Experimental.

    Melalui perhubungan baik ini sekali gus mengaktifkan pelbagai aktiviti dan pertukaran di kalangan pelajar dari China dan AS.

    Pelajar AS akan mengongsikan pengalaman sepanjang me-reka di China di kalangan komuniti dan sekolah mereka sekali gus ia memberikan peluang kepada warga AS untuk mengetahui mengenai China dengan lebih dalam, jelas Lu.

    CPS sekolah ketiga terbesar di AS telah bekerjasama dengan pihak China sekali gus merekrut guru Bahasa Cina dari Shanghai pada tahun ini.

    “Walaupun sekolah itu menghadapi masalah kewangan yang agak terhad namun ia sedaya upaya juga berusaha untuk merekrut guru dari China bagi memastikan kualiti pembelajaran bahasa China kepada para pelajar dan ia jelas cukup memberangsangkan,” jelas Lu.

    Lu berpendapat bahawa sekiranya sesi pembelajaran bahasa asing itu dimulakan dari usia muda maka ia secara langsung meningkatkan lagi tahap kemahiran dan pencapaian pelajar tersebut.

    Melalui penguasaan bahasa China, para pelajar dari AS secara tidak langsung akan semakin berminat untuk mengetahui budaya dan sejarah negara itu sekali gus mendorong mereka untuk mempelajari bahasa itu dengan lebih baik.

    “Ia setentunya akan dapat memberikan manfaat yang baik kepada mereka,” jelas Lu.

    “Para pelajar yang berpeluang untuk mempelajari Bahasa China secara tidak langsung berminat untuk melancong ke negara itu sekali gus mencambah minat untuk meningkatkan pengetahuan terhadap negara itu,” jelas Lu.

    Pelajar-pelajar ini akan menjadi satu cara untuk membina hubungan persahabatan di antara kedua-dua negara pada masa akan datang.

    Pada masa yang sama, pertumbuhan China yang kuat turut memberikan peluang kepada pelajar untuk AS untuk mempelajari bahasa Cina.

    “Ini adalah alasan utama mengapa kebanyakan ibu bapa yang lebih gemar untuk membenarkan anak-anak mereka mempelajari Bahasa Cina dalam menilai manfaat untuk menjalinkan hubungan dua hala itu,” tambah Lu.

    CIC merupakan Institut Confucius pertama di AS yang ditempatkan dalam persekitaran K-12 di mana keutamaannya adalah menumpukan kepada pendidikan bahasa dan budaya Cina. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda