Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Pembelajaran secara fizikal dipantau

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan Kementerian Pendidikan

    TUTONG, 6 JAN – Sempena sesi persekolahan penggal pertama tahun 2022 bagi sekolah rendah, menengah, maktab dan pusat tingkatan enam kerajaan dan swasta secara fizikal, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman telah mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Sufri Bolkiah yang ditempatkan sementara di bangunan Sekolah Menengah Muda Hashim.

    Pada masa ini, bangunan Sekolah Menengah Sufri Bolkiah masih digunakan sebagai COVID-19 Holding Area Tutong (CHAT) iaitu salah sebuah pusat pengasingan bagi pesakit-pesakit COVID-19.

    Ketibaan Yang Berhormat Menteri Pendidikan dialu-alukan oleh pengetua sekolah berkenaan, Awang Eddy Nazrin bin Haji Seruji.

    Antara tujuan lawatan diadakan adalah bagi memantau peringkat pertama pengajaran dan pembelajaran secara fizikal di sekolah dan dalam masa yang sama menyaksikan persediaan bagi peringkat kedua permulaan serta meninjau kesediaan prasarana-prasarana sekolah untuk menerima pelajar pada peringkat kedua nanti.

    Semasa lawatan ke sekolah berkenaan, Yang Berhormat Dato juga berpeluang berinteraksi dengan guru-guru sekolah serta berkesempatan melawat bilik darjah Tahun 10 dan 11 untuk memberikan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan peringkat Brunei Cambridge GCE ‘O’ Level dan IGCSE.

    Antara kawasan-kawasan lain yang turut dilawat, dewan sekolah di mana tempat ujian saringan ART dijalankan, bilik guru-guru, bilik-bilik darjah, bilik-bilik makmal, bilik sembahyang, kantin sekolah dan bilik berwuduk.

    Lawatan kerja Yang Berhormat Dato ke institusi-institusi pendidikan kerajaan telah diadakan sejak bulan Disember tahun lalu sebagai tujuan memantau persediaan institusi-institusi untuk menerima pelajar-pelajar secara fizikal mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah disediakan.

    Yang Berhormat Menteri Pendidikan semasa membuat lawatan ke Sekolah Menengah Sufri Bolkiah yang ditempatkan sementara di bangunan Sekolah Menengah Muda Hashim, kelmarin.

    Yang Berhormat Menteri Pendidikan bergambar ramai bersama kakitangan Sekolah Menengah Sufri Bolkiah.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...