Pembelajaran sepanjang hayat pemangkin perubahan dunia

Oleh Sim Y. H.

Dalam menghadapi pandemik global, dunia terus berubah dengan lebih pesat daripada sebelumnya.

Bagi sebuah negara untuk mengekalkan daya saingnya dalam ekonomi dunia, ia memerlukan kumpulan orang yang mempunyai kemahiran penyelidikan tahap tinggi untuk mengemukakan idea-idea inovatif, menguji idea dalam situasi praktikal serta menjana protokol untuk menyelesaikan masalah-masalah dunia sebenar.

Perkara itu dijelaskan oleh Dekan Madya Graduate Education by Coursework, National Institute of Education, Nanyang Technological University, Singapura (NIE NTU), Singapura, Profesor Madya Hairon Salleh.

Dalam sebuah negara kecil seperti Singapura, yang sebahagian besarnya bergantung pada sumber manusianya bagi kelangsungannya, pembelajaran sepanjang hayat telah menjadi satu mandat, di mana Singapura berharap untuk membangunkan warganya.

Di peringkat kebangsaan, tumpuan adalah untuk membina kemahiran dalam bagi sebuah tenaga kerja yang kukuh, meningkatkan daya saing perniagaan dan menyokong pekerjaan serta kebolehkerjaan.

Profesor Madya Hairon Salleh menekankan kemahiran perlu dikembangkan secara konsisten supaya mampu terus kompetitif dalam pasaran global. – Gambar serahan NIE NTU, Singapura

Profesor Madya Hairon Salleh menekankan kemahiran perlu dikembangkan secara konsisten supaya mampu terus kompetitif dalam pasaran global.

“Dalam hubungan ini, pengajian siswazah dihasratkan untuk mengasah pemikiran kreatif pelajar dewasa, menerusi penglibatan aktif dan pengalaman pembelajaran dan penyelidikan yang kaya serta pelbagai yang mengembangkan kemahiran dan ilmu pengetahuan kepakaran mereka dalam bidang profesional masing-masing.

“Pengajian siswazah bukan sahaja memuaskan dahaga untuk menuntut ilmu tetapi juga dahaga kemahiran,” tambah beliau.

Pelajar dewasa juga semakin memilih dalam pilihan pengajian siswazah masing-masing untuk meningkatkan lagi prestasi kerja dan prospek kerjaya mereka.

Profesor Madya Hairon Salleh melihat bahawa pereka kurikulum program-program siswazah semakin peka akan keperluan dan pentingnya untuk menghubungkan teori dengan amalan profesional, di mana ia berpandukan pada keperluan pelajar-pelajar dewasa.

Sebilangan pereka kurikulum juga mengambil langkah ke hadapan dalam mereka program-program siswazah masing-masing sebagai ijazah profesional untuk menarik minat mereka.

Mengenali akan keperluan pelajar-pelajar dewasa berkenaan, NIE NTU Singapura, mempunyai rangkaian program-program siswazah yang direka untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kompetensi pelajar-pelajarnya, untuk membantu mereka menghadapi keperluan baharu dan kerjaya mereka serta terus relevan dalam pasaran yang semakin mencabar dan global.

Program-program berkenaan mengumpulkan profesional daripada pelbagai industri termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan, pengurusan, ketenteraan dan sumber manusia, dengan pengiktirafan bahawa pendidik profesional memainkan peranan kritikal dalam mengajar, memimpin dan menyelidik dalam bidang masing-masing.

Pada masa yang sama, NIE NTU Singapura, telah mewujudkan pelbagai kursus kelayakan mikro bagi pelajar-pelajar dewasa, yang akan membawa kepada persijilan lebih kecil, menyediakan satu lagi kaedah bagi profesional bekerja untuk merasai kursus peringkat sarjana dan memperoleh persijilan pascasiswazah.

“Dalam pandangan saya, kursus-kursus kelayakan mikro tidak akan mengurangkan permintaan untuk ijazah sarjana, tetapi akan meningkatkannya, khususnya bagi mereka yang bercita-cita untuk menyertai pengajian pascasiswazah dan tidak dapat melakukannya sebelum peruntukan ini,” jelas Profesor Madya Hairon Salleh.

Di samping itu, kajian pascasiswazah merupakan salah satu pilihan daripada beberapa pilihan yang dapat membantu memenuhi keinginan seseorang individu untuk belajar secara berterusan, yang merupakan salah satu bahagian penting dalam semangat seseorang itu.

Ia merupakan prinsip asas dalam membangun dan mengekalkan sebuah tenaga kerja yang amat kompetitif khususnya dalam landskap ekonomi tidak menentu pada masa ini, iaitu dengan pembelajaran sepanjang hayat.

NIE Singapura merupakan sebuah institut autonomi di bawah NTU. Ia secara konsisten telah ditempatkan di kalangan 20 institusi pendidikan terbaik dalam dunia dan tiga terbaik dalam Asia oleh Quacquarelli Symonds (QS) ranking.

Bagi mereka yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelbagai program siswazah yang ditawarkan oleh NIE, boleh melayari laman sesawang mereka.