Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Pembeli antarabangsa kekal berminat hartanah Malaysia

    KUALA LUMPUR, 7 FEB – Pasaran hartanah Malaysia kekal menarik untuk pembeli antarabangsa, khususnya hartanah Kuala Lumpur, Genting Highlands dan Sabah, menurut pemaju hartanah mewah yang berpangkalan di Hong Kong, IBN Corp Ltd (IBN Corp).

    Pengarah IBN Corp, Megat Khalil Izzuddin Shah berkata Malaysia masih menjadi antara negara paling ideal untuk persaraan memandangkan cuaca dan persekitaran kehidupan yang amat baik.

    “Sistem pengangkutan awam sangat mudah diakses, kos perubatan yang berpatutan serta kos pendidikan yang rendah namun cemerlang juga merupakan prospek yang menarik.

    “Selain itu, pelabur tertarik dengan pilihan pegangan bebas dan harga, sebagai pertukaran gaya hidup berbanding dengan apa yang mereka boleh peroleh di negara asal mereka seperti China, Hong Kong, Singapura dan Jepun,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

    Beliau berkata pasaran dijangka mengalami pertumbuhan seterusnya susulan pembukaan semula sempadan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...