Pembelian panik cetus penutupan stesen minyak AS

WASHINGTON, 13 MEI – Rangkaian saluran paip utama Amerika Syarikat (AS) yang dipaksa ditutup susulan serangan siber mula dibuka semula semalam, kata operatornya, setelah penutupan selama lima hari mendorong pemandu kenderaan menyimpan stok petrol dan beberapa stesen minyak di Pantai timur AS ditutup.

Tetapi syarikat Colonial Pipeline memberi amaran bahawa ia akan memerlukan ‘beberapa hari’ sebelum bekalan kembali kepada tahap normal.

Jurucakap pentadbiran Biden Jen Psaki dalam satu kenyataan berkata Rumah Putih akan terus memantau keadaan, dan menggesa rakyat Amerika untuk ‘membeli apa yang diperlukan oleh mereka dan tidak perlu mengumpul bahan bakar memandangkan bekalan sudah dipulihkan”.

Langkah itu dilakukan setelah puluhan negeri dari Florida ke Virginia mengisytiharkan keadaan darurat di negeri masing-masing, mencetuskan rasa panik di kalangan pengguna yang datang berduyun-duyun ke stesen minyak dan membawa tong bahan bakar dan bekas lain untuk mengisi minyak. – AFP