CARACAS, 17 Jan – Kerajaan Venezuela mengumumkan semalam bahawa pembelot Oscar Perez merupakan antara tujuh ‘pengganas’ yang terkorban dalam serangan berdarah polis yang cuba menahannya sehari sebelum. Pihak polis menyerang Perez dan ahli kumpulan bersenjatanya yang bersembunyi di luar Caracas pada Isnin lalu di mana pertempuran bersenjata itu mengakibatkan dua pegawai polis terkorban.
Ia masih belum jelas adakah orang yang dikehendaki Venezuela itu dibunuh atau sudah ditangkap.
Ahli keluarganya merayu untuk mengetahui berita mengenai kondisi juruterbang itu dari pihak kerajaan sehingga pengumuman semalam yang tertumpu kepada usaha siri serangan yang dilakukan oleh Presiden Nicolas Maduro.
Perez menjadi orang yang dikehendaki sejak dia merampas helikopter untuk melakukan pengeboman di Mahkamah Tertinggi Venezuela semasa bantahan anti kerajaan Jun lepas.
Maduro menuduhnya untuk mencuba melakukan rampasan kuasa dan menjadi orang yang dikehendaki oleh CIA.

Menteri Dalam Negeri, Nestor Reverol memberitahu para wartawan di Caracas bahawa empat orang lelaki dan dua orang wanita ditahan dalam operasi yang dinamakan Operasi Gideon telahpun didakwa.
Lapan orang pegawai polis cedera dalam pertempuran itu.
“Perbuatan yang dilakukan oleh kumpulan jenayah ini merupakan satu keganasan, serangan ke atas institusi demokratik,” kata Reverol.
Bekas peguam negara, Luisa Ortega Diaz yang berpisah dengan Maduro, terbang ke Colombia selepas dipecat tahun lepas, menyifatkan insiden itu sebagai ‘hukuman mati di luar bidang kehakiman.’ – AFP