Wednesday, March 22, 2023
22.9 C
Brunei

-

Pembentangan KABSBM ke-11 diteruskan hari ini

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MEI – Siri Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu sempena Bulan Bahasa (KABSBM) akan diteruskan lagi esok dengan tajuk ‘Lubuk Akal Lautan Budi Teromba dalam Adat Perkahwinan Melayu’ yang diadakan secara maya.

Pembentangan ke-11 berkenaan akan menampilkan pemakalah dari Malaysia iaitu Felo Penyelidik Kanan di Institusi Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli bin Saludin serta dipengerusikan oleh Pemangku Pengarah Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Haji Mohd Abdoh bin Haji Awang Damit.

Pembentangan secara maya itu akan bermula pada pukul 10 pagi melalui platform Zoom dan ia juga boleh disaksikan di laman Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menyertai pembentangan itu boleh mendaftar dengan mengisi borang Google di https://forms.gle/unGKS6LAeKDf2pk37 pada hari kongres diadakan.

Sijil penyertaan hanya akan dibe-rikan kepada peserta yang mengikuti siri kongres itu sekurang-kurangnya 17 kali atau 70 peratus daripada keseluruhan siri kongres diadakan dan pendaftaran mula dibuka pada pukul 9 pagi pada tarikh kongres bersiaran.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -