Pembentukan personaliti

MENURUT ahli psikologi, Sheldon, ciri personaliti seseorang adalah berkaitan rapat dengan bentuk tubuh badannya. Beliau menggolongkan bentuk badan manusia dalam tiga kategori, iaitu endomorf, mesomorf dan ektomorf, yang berkaitan dengan ciri-ciri personaliti yang berkenaan.

Jenis bentuk badan (Endomorf), dengan rupa bentuk badan bulat dan lembut, memiliki ciri-ciri personaliti (Trait Viscerotonia) iaitu suka bergaul, cepat mesra dan berlega. Manakala jenis bentuk badan (Mesomorf) mempunyai rupa bentuk yang berotot, kuat, berkemahiran psikomotor, memiliki ciri-ciri personaliti (Trait Somatotonia) iaitu tegas, agresif, suka riadah dan sedia menghadapi cabaran. Dan akhir sekali jenis bentuk badan yang (Ektomorf) mempunyai rupa bentuk badan yang kurus dan tinggi dengan memiliki ciri-ciri personaliti (Trait Cerebrotania)iaitu tidak suka bergaul, introvert dan tidak suka aktiviti fizikal.

Di samping bentuk tubuh badan, keadaan fizikal, khasnya penyakit seperti cacat pendengaran atau cacat penglihatan yang diwarisi, pula mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang.

Kanak-kanak yang cacat pendengaran atau penglihatan berkemungkinan besar mempunyai ciri personaliti introvert dan bersifat pendiam serta pemalu. Sebagaimana yang diketahui umum, kecerdasan seseorang adalah berkaitan rapat dengan baka ibu bapa.

Maka, kecerdasan pula memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang.

Pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang bermula dalam keluarga.
Pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang bermula dalam keluarga.
Orang yang mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi biasanya menonjolkan ciri personaliti yang berkeyakinan, berbudi bicara, berwatak bijaksana dan keberanian tetapi mungkin bersifat angkuh.
Orang yang mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi biasanya menonjolkan ciri personaliti yang berkeyakinan, berbudi bicara, berwatak bijaksana dan keberanian tetapi mungkin bersifat angkuh.

Misalnya, orang yang mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi biasanya menonjolkan ciri personaliti yang berkeyakinan, berbudi bicara, berwatak bijaksana dan keberanian tetapi mungkin bersifat angkuh.

Emosi yang diwarisi juga boleh mempengaruhi personaliti seseorang. Individu yang mewarisi emosi yang negatif akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan pemarah.

Faktor persekitaran

Faktor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang merangkumi keadaan keluarga, sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan pengalamannya.

1-Keluarga

Sesungguhnya pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang bermula dalam keluarga. Keadaan rumah yang harmonis dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak mereka erat dan mesra akan menggalakkan perkembangan personaliti yang positif. Sebaliknya, suasana rumah yang tegang atau kucar-kacir akan menggalakkan perkembangan personaliti yang negatif.

2-Sekolah

Sekolah diberi tugas untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Guru yang bersifat penyayang dan membimbing murid-murid dengan penuh dedikasi akan menjadi rol model murid untuk membentuk personaliti mereka yang positif. Persepsi rakan sebaya dan individu yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan pembentukan ciri personaliti yang berkeyakinan. Iklim sekolah yang kondusif serta peluang penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti kokurikulum pula mempengaruhi perkembangan personaliti yang positif.

Individu yang mewarisi emosi yang negatif akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan pemarah.
Individu yang mewarisi emosi yang negatif akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan pemarah.

3-Amalan budaya

Nilai-nilai dan budaya masyarakat juga boleh mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang. Pengaruhnya amat bergantung kepada pengalaman-pengalaman yang dialami oleh individu itu sendiri. Menurut Freud, pengalaman yang pahit dan sedih boleh menggalakkan pembentukan personaliti yang menonjolkan sifat menarik diri, pemalu, penakut atau sakit jiwa.

4-Agama

Dalam pandangan tokoh Islam, struktur personaliti merupakan salah satu komponen yang utama dalam fitrah manusia. Menurut tokoh Islam, fitrah manusia merujuk kepada satu ketetapan dan pemberian Tuhan sejak lahir, berlandaskan aspek-aspek seperti bakat, mental, emosi dan fizikal. Kesejahteraan fitrah manusia akan dapat dicapai apabila jasmani, akal dan rohnya berada dalam keadaan keseimbangan. Justeru itu, insan yang dikatakan mempunyai personaliti yang sempurna ialah apabila jasmani, akal dan rohnya telah mencapai keseimbangan.

5-Nilai-nilai moral

Al-Ghazali, seseorang tokoh Islam dan pendidik yang terkenal, berpendapat bahawa nafsu, hati dan akal seseorang merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi personalitinya. Pendapat ini ada persamaan dengan pendapat Freud yang mengklasifikasikan struktur personaliti dalam tiga komponen, iaitu id, ego dan superego.