Pemberian dos pertama diteruskan semula hari ini

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Pemberian dos pertama bagi Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan akan diteruskan semula esok (16 September).

Makluman tersebut dibuat oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada sidang media berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

“Sehubungan dengan ini, seperti yang dimaklumkan pada sidang media yang lepas, tempahan slot suntikan bagi mereka yang terjejas oleh penangguhan sebelum ini akan diganjakkan secara automatik dan diberi keutamaan secara berperingkat-peringkat,” kata Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Walau bagaimanapun, disebabkan slot vaksinasi yang terhad, orang ramai mungkin diberikan slot tempahan di pusat vaksinasi yang lain daripada yang dipilih sebelum ini.

Yang Berhormat Dato menasihatkan orang ramai untuk memeriksa perjanjian vaksinasi melalui aplikasi BruHealth atau pesanan ringkas SMS dari semasa ke semasa bagi memastikan tarikh tempahan perjanjian serta tempat pusat vaksinasi mereka.