Friday, March 31, 2023
23.2 C
Brunei

-

Pemberigaan isu kenderaan terbiar

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Menunggol dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, baru-baru ini, telah mengungkayahkan pemberigaan mengenai isu kenderaan terbiar kepada penduduk Kampung Menunggol yang berlangsung di Masjid Kampung Menunggol.

Agensi-agensi kerajaan yang terlibat adalah Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

Sesi pemberigaan berkenaan telah disampaikan oleh Ketua Kampung Menunggol, Haji Ibrahim bin Haji Osman yang menyentuh mengenai kebersihan alam sekitar dan sikap segelintir penduduk kampung yang meletakkan kereta-kereta terbiar di bahu-bahu jalan.

Turut hadir bersama penduduk kampung semasa sesi pemberigaan berkenaan ialah satu kumpulan peserta Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-pegawai Kerajaan Peringkat Pertengahan Kohort ke-33 iaitu Kumpulan Mumtaz selaku pemudah cara bagi sesi pemberigaan berkenaan.

Turut memberikan perkongsian maklumat adalah daripada pihak JPD mengenai dua perkhidmatan di bawah kawal seliaan JPD yang boleh dipohonkan bagi kenderaan-kenderaan yang tidak digunakan dan tidak diperlukan lagi mengikut kelayakan kenderaan-kenderaan tersebut di jalan raya iaitu non-used dan condemn.

Selain daripada itu, pemberigaan turut mengongsikan mengenai tindakan dan kompaun yang boleh diambil di bawah kuasa Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Jabatan Daerah, Jabatan Bandaran dan PPDB mengikut Akta Kesalahan-kesalahan Kecil Penggal 30 dan kompaun tidak kurang $500.

Oleh yang demikian, orang ramai dan penduduk kampung diingatkan agar tidak meninggalkan kenderaan-kenderaan sehingga terbiar lama demi menjaga kebersihan kawasan persekitaran dan tidak menghalang laluan jalan raya untuk kegunaan awam.

Haji Ibrahim semasa menyampaikan sesi pemberigaan, baru-baru ini.- Gambar serahan Kumpulan Mumtaz

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -