Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Pemberigaan perkenal PBD industri pemprosesan makanan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Pusat Standard Kebangsaan (PSK), di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi dengan kerjasama Autoriti Makanan Brunei Darussalam (BDFA) telah mengadakan program sosialisasi bagi industri makanan di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, baru-baru ini.

    Aktiviti pemberigaan itu adalah untuk memperkenalkan Piawai Brunei Darussalam (PBD) iaitu PBD 38:2022 – Amalan Pengilangan yang Baik (GMP) kepada industri pemprosesan makanan.

    Ia telah dihadiri oleh 110 orang peserta terdiri daripada pihak-pihak yang berkepentingan dari kerajaan dan swasta, syarikat-syarikat pengeluar makanan, pembekal-pembekal perkhidmatan dan institusi-institusi pengajian tinggi.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah Industri dan Ekosistem Perniagaan selaku Pemangku Pengarah PSK, Allen On.

    Piawaian berkenaan menyediakan panduan tentang pelbagai elemen penting untuk pembuatan makanan yang mana kebersihan dan keselamatan memainkan peranan yang penting daripada penerimaan bahan mentah kepada pengendalian bahan-bahan dan pemprosesannya, kepada pembungkusan dan penyimpanan makanan siap diproses sehingga penjualan atau pemasaran produk makanan yang diproses.

    Ketua Pegawai Eksekutif BDFA, Wong Wai See selaku pengerusi jawatankuasa penganjur dalam ucapan alu-aluannya menekankan peranan BDFA dalam pembangunan standard makanan dalam memastikan keselamatan pengeluaran makanan, di samping memudahkan perdagangan.

    Beliau berharap industri makanan tempatan atau usahawan perniagaan akan mendapat pengiktirafan kerana mematuhi piawai keselamatan makanan dalam melaksanakan elemen-elemen PBD 38:2022 – GMP bagi industri makanan sebagai amalan terbaik harian mereka.

    Manakala itu, Allen On dalam ucapannya antara lain menyentuh mengenai peranan PSK dalam memperkemas aktiviti-aktiviti standard dalam mematuhi keperluan serantau dan antarabangsa.

    Beliau juga menekankan bahawa PBD 38:2002 – GMP (bagi Industri Makanan) berfungsi sebagai garis panduan kepada sektor industri makanan dalam memenuhi keperluan keselamatan.

    Pegawai Teknikal BDFA, Dayang Siti Nasreyah semasa menyampaikan penerangannya. – Gambar oleh James Kon
    Antara tetamu kehormat dan para peserta yang hadir.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...