Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pemberontak disyaki bunuh ketua polis

    COTABATO, FILIPINA, 30 OGOS – Pemberontak Muslim disyaki membunuh seorang ketua polis dan pemandunya di bandar selatan Filipina dan mencederakan sekurang-kurangnya tiga yang lain ketika mereka dalam perjalanan untuk menangkap suspek jenayah, kata pegawai.

    Kira-kira 10 orang lelaki melepaskan tembakan ke arah kenderaan polis membawa ketua polis bandar Ampatuan, Leftenan Reynaldo Samson yang mati di tempat kejadian bersama pemandunya dalam serangan pertengahan pagi di jalan pedalaman bandar di wilayah Maguindanao, komando polis kawasan, Brigedier Jeneral John Gano Guyguyon menjelaskan. Tiga lagi pegawai yang berada dalam kenderaan itu turut cedera apabila mereka berbalas tembakan dengan penyerang, yang berundur sebaik sahaja polis bantuan tiba, menurut Guyguyon.

    Polis-polis itu dalam perjalanan untuk menangkap suspek rompakan ketika serangan berlaku, tambahnya.

    Pasukan polis cuba menjejaki penyerang yang menurut penduduk kampung merampas senjata api anggota polis yang dibunuh sebelum melarikan diri.

    Suspek dipercayai ahli kumpulan pemberontak Islam, Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro yang aktif di bandar Ampatuan di Maguindanao yang didominasi Muslim, di mana mereka telah melancarkan kempen pemisahan selama bertahun-tahun. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...