Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Pemberontak M23 serang pekan timur DR Congo

    GOMA, DR CONGO, 12 JUN – Pertempuran sengit meletus kelmarin apabila pemberontak M23 melancarkan serangan baharu ke atas tentera di bandar Bunagana, di timur Republik Demokratik Congo, menurut kenyataan pegawai.

    Kebanyakan penduduk dilaporkan telah melarikan diri dari pusat Bunagana, tempat transit utama bagi barangan di sempadan Uganda, kata ketua kumpulan awam tempatan, Damien Sebusanane.

    Sementara itu, terdapat kebangkitan semula dalam pertempuran antara tentera dan pemberontak M23 di wilayah itu, yang telah dipersalahkan oleh kerajaan ke atas negara jiran Rwanda.

    Rwanda telah berulang kali menafikan menyokong kumpulan pemberontak tersebut.

    ”Tentera kami telah diserang kelmarin di Bunagana dan bandar berdekatan Tshengero, kedua-duanya di wilayah Kivu Utara,” kata pentadbir tentera tempatan, Kolonel Muhindi Lwanzo.

    Beliau menambah keadaan di lapangan masih tidak jelas.

    Sebusanane juga berkata pejuang M23 telah mengepung Bunagana dan kereta kebal tentera Congo menembak ke arah kedudukan pemberontak dari dalam bandar.

    Manakala itu, seorang pegawai pentadbiran tempatan, Jackson Gachuki, juga memberitahu AFP bahawa pertempuran sedang berlaku di dalam bandar Bunagana.

    M23, adalah salah satu daripada lebih 120 kumpulan bersenjata yang aktif di timur DRC. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -