Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Pemberontak Myanmar serang bandar sempadan

    YANGON, 21 OKT – Pemberontak etnik Myanmar menyerang sebuah bandar utama berhampiran sempadan hari ini, menurut penduduk dan media tempatan.

    Junta Myanmar bagaimanapun telah membalasnya dengan serangan udara.

    Kesatuan Kebangsaan Karen (KNU) merupakan pembantah lantang rampasan kuasa tahun lalu. Ia telah menyediakan perlindungan buat penentang yang berusaha menyingkirkan junta.

    Pejuangnya bertempur sekali-sekala dengan tentera sepanjang sempadan Thai, mengakibatkan beribu-ribu melarikan diri ke sempadan berhampiran bagi keselamatan.

    Pertempuran hari ini bermula jam 7 pagi di Kawkareik yang terletak di jalan utama menyeberang sempadan dengan Thailand, kata seorang penduduk yang enggan dikenali kepada AFP.

    “Pertempuran masih berterusan, kata mereka, menambah bahawa ‘kumpulan bersenjata’ tampaknya cuba menyerang pejabat-pejabat kerajaan.

    “Kami mendengar pembedilan bertalu-talu,” kata mereka, menambah bahawa tiga orang awam terbunuh dan sekurang-kurangnya 15 lagi cedera dan dirawat di hospital.

    Tentera mengerahkan pasukan serangan udara bagi menyokong tentera darat, katanya. Kedua-dua belah pihak berdepan kematian, tambahnya, tanpa memberikan perincian lanjut. – AFP

    Asap kelihatan daripada serpihan dan atap yang musnah apabila sebuah sekolah terbakar di Kampung Taung Myint di kawasan Magway, Myanmar, baru-baru ini. Pertempuran antara pemberontak dan junta Myanmar berlaku di bandar sempadan, membawa kematian. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...