Pemberontak Papua tawan tebusan, bunuh orang awam

JAKARTA, 25 JUN – Pemberontak hari ini menawan empat orang awam sebagai tebusan di hutan kawasan Papua, Indonesia, selepas mereka membunuh beberapa orang pekerja binaan dalam serangan hendap, menurut pihak berkuasa Indonesia.

Ketegangan meningkat antara pasukan keselamatan Indonesia dan pemberontak yang berpanjangan dan inginkan kebebasan dari negara Asia Tenggara itu. Pihak berkuasa mengatakan 30 orang pemberontak melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pekerjaan binaan Indonesia yang membina rumah baharu di wilayah Yahukimo kelmarin, membunuh sekurang-kurangnya empat orang. – AFP