Pemberontak serbu bas, tawan puluhan penumpang

YANGON, 13 OKT – Pemberontak etnik Rakhine yang disyaki menyamar sebagai pasukan ahli sukan menyerbu sebuah bas di luar bandar Myanmar dan menawan 31 tebusan – kebanyakannya kakitangan bomba dan pekerja pembinaan – kata pihak berkuasa hari ini.

Akhbar Global New Light of Myanmar milik kerajaan berkata bas itu – membuat perjalanan ke bandar Sittwe negeri Rakhine – telah dihentikan oleh seorang lelaki berpakaian biasa sebelum 18 pemberontak menyarung pakaian sukan muncul dari hutan dan mengarahkan penumpang keluar dengan mengacukan senjata.

“Kami masih menjejaki mereka,” kata Kolonel Win Zaw Oo kepada AFP, menambah para pemberontak mungkin tersilap lihat antara baju anggota bomba dengan pasukan bersenjata.

Tentera Arakan, yang bertempur bagi keseluruhan autonomi etnik Buddha Rakhine tidak dapat dihubungi untuk memberi komen. – AFP