DHAKA, 13 JUN – Sekumpulan pemberontak di Bangladesh telah menawarkan untuk mengadakan rundingan damai, kata pegawai hari ini, membangkitkan harapan untuk menamatkan keganasan 25 tahun yang membunuh ratusan orang.
Namun sebahagian kumpulan pemberontak muda di rantau yang menjadi rumah kepada beberapa etnik asli, Barisan Demokrasi Rakyat Bersatu (UPDF), menolak perjanjian tersebut. – AFP