Sunday, January 19, 2025
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemberontak Ukraine mungkin buat undian sertai Rusia

    MOSCOW, 27 MAC – Ketua wilayah pemisah Lugansk, Ukraine hari ini berkata ia mungkin mengadakan referendum untuk menjadi sebahagian daripada Rusia, selepas Moscow menghantar tentera ke jirannya yang pro-Barat.

    “Saya fikir dalam masa terdekat ini, satu referendum akan diadakan di wilayah republik itu, di mana rakyat akan menyatakan pendapat mereka untuk menyertai Persekutuan Rusia,” agensi berita Rusia memetik kata Leonid Pasechnik. “Saya yakin ini akan berlaku,” katanya.

    Rusia melancarkan tindakan ketenteraannya di Ukraine pada 24 Februari lalu, mengatakan ia bertindak untuk mempertahankan republik Donetsk dan Lugansk yang diisytiharkan sendiri di timur negara tersebut. Presiden Vladimir Putin semasa dua hari sebelum mengiktiraf kedua-dua wilayah berkenaan sebagai merdeka.

    Pengumuman mengenai kemungkinan referendum tersebut mendapat reaksi yang berbeza daripada penggubal undang-undang Rusia.

    “Saya fikir sekarang bukan masa yang sesuai untuk ini,” kata Leonid Kalashnikov, seorang ahli parlimen yang mengetuai jawatankuasa hubungan dengan Komanwel Negara Merdeka pasca-Soviet di dewan rendah parlimen Rusia tetapi ketua jawatankuasa perundangan perlembagaan di dewan tertinggi, berkata wilayah tersebut mempunyai hak untuk menentukan masa hadapan mereka sendiri. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda