MARIB, YAMAN, 1 NOV – Kira-kira 22 orang terbunuh dalam serangan senjata pemberontak Huthi ke atas sebuah masjid di selatan bandar Marib, Yaman, kata para pegawai hari ini.
“Kira-kira 22 orang termasuk kanak-kanak, terkorban manakala 19 lagi cedera dalam serangan misil Huthi ke atas sebuah masjid…di daerah Al-Jawba” pada malam semalam, kata pegawai tentera prokerajaan memberitahu AFP.
Pegawai itu berkata masjid itu juga mempunyai sekolah agama.
Menteri Penerangan Yaman, Moammar al-Eryani dalam Twitter menyatakan 29 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam serangan itu.
“Pembunuhan ramai dahsyat itu dalam lingkungan siri pembunuhan awam sistematik dilakukan oleh pengganas militia Huthi,” katanya dalam Bahasa Inggeris.
Huthi belum lagi memberi komen mengenai serangan yang muncul ketika pertempuran antara pemberontak disokong Iran dan pasukan kerajaan yang disokong pakatan tentera diketuai Saudi semakin tegang.
Pada Khamis, kanak-kanak antara 13 orang terbunuh apabila misil ditembakkan oleh pemberontak melanda rumah pemimpin puak di Al-Jawba, menurut pegawai perubatan dan tentera. – AFP