Tukang kayu Alan Solomon dan Klaas Armster dalam buku baharu mereka `Reclaimed Wood: A Field Guide’ menceritakan bagaimana sebuah pokok diselamatkan daripada dimusnahkan untuk dijadikan sebagai bahan perhiasan.
Cerita ini bermula pada tahun 1500an, apabila pokok-pokok dengan gelaran Long Leaf Pine meliputi kawasan yang luas dari Utara Carolina ke hujung daerah Texas dan Florida Panhandle dan ia merupakan hutan terbesar di Amerika Utara, kata penulis.
Selama beberapa ratus tahun akan datang, pokok Long Leaf Pine ini boleh tumbuh hingga 120 kaki. Secara semula jadi pokok ini tahan daripada api, ribut dan burung belatuk sehingga ia ditebang oleh pembalak pada tahun 1880an.
Pokok itu kemudiannya dibawa ke kilang, dihantar ke New York, dan dibawa oleh kereta kuda di sepanjang jalan batu besar dan diturunkan di Manhattan. Dalam tempoh 100 tahun yang akan datang, bingkai kayu kerangka di jadikan sebagai tiang untuk komersil yang memegang papan tanda kedai-kedai topi dan salon.
Selepas dirobohkan pada pertengahan 2000, papan dari pokok ini diselamatkan oleh pembina untuk dijadikan sebagai lantai Taman Avenue Armory dan membina ruang gim di Baton Rouge, Louisiana.



Seperti yang dinyatakan penulis, pokok-pokok ini telah tumbuh di Selatan dan kemudian di Utara, akhirnya disimpan akarnya di kedua-dua tempat.
Kisah ini menerangkan apa yang telah terjadi kepada perjalanan kehidupan pokok-pokok kayu yang tahan lama yang kini menjadi bahan utama pembinaan dalam pembangunan bandar-bandar.
Walau sejak kebelakangan ini, kebanyakan bangunan baharu dibina dengan konkrit atau batu bata, tetapi bahan-bahan kayu kini kembali digunakan dalam segala pembinaan dari siling, untuk menampalkan dinding, perabot, lantai atau pelapisan luaran.
Soloman dan Armster pengasas Sawkill Lumber di Brooklyn, New York, membekalkan kayu yang diselamatkan dari lumbung, tapak komersial dan perindustrian dan rumah kepada arkitek-arkitek, kontraktor dan tukang kayu.
Kadang-kadang kayu keras atau kayu lembut ditinggalkan dalam keadaan semula jadi, tetapi pasukan juga menyimpan kayu dan papan tersebut untuk tujuan tertentu dan melindunginya daripada kerosakan.
Dalam satu kes, kata Solomon, mereka memperoleh kayu dari tangki Worcestershire di New Jersey.
“Kayu tersebut berkualiti tinggi, bebas daripada kerosakan, dengan aroma yang kuat selepas memotongnya semula,” kata Salomon, yang menggunakan beberapa kayu untuk melengkapkan pembinaan rumahnya sendiri.
Syarikat Hudson, yang mempunyai kilang dan ruang pameran di Pine Plains, New York, dan bilik pameran di Manhattan dan Ridgefield, Connecticut, menyimpan kayu dan papan dari pelbagai menara air, bangunan perindustrian dan struktur pertanian.
Presiden syarikat Jamie Hammel menyukai idea bahawa kayu, yang sering digunakan sebagai panel dalam projek-projek kediaman dan komersil, disimpan daripada proses pertanian yang berterusan.
Jonah Meyer, yang memiliki Syarikat Sawkille, sebuah studio reka bentuk perabot di Rhinebeck, New York, memuji penggunaan kayu tersebut untuk perhiasan. Pokok-pokok tersebut berasal dari kilang-kilang pertama di Amerika.
Meyer mereka kerusi-kerusi, meja dan perabot lain, yang mana ia dicat dengan adegan seperti di hutan atau sebagai motif hiasan. – AP




























