Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pembinaan jalan Kalabakan-Serudong tingkat ekonomi sempadan

    TAWAU, 9 JAN – Pembinaan jalan raya sepanjang 39 kilometer (km) dari Kalabakan dekat sini hingga sempadan Malaysia di Serudong yang akan menghubungkan jalan ke Si-manggaris di Kalimantan, Indonesia, dilihat mampu meningkatkan ekonomi sempadan.

    Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata projek pembinaan itu penting selari dengan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan dan bakal menjadi pengubah keadaan kepada pembangunan dan pendapatan rakyat tempatan di Sabah.

    “Saya sudah memaklumkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob) bahawa projek itu perlu segera dilaksanakan sebab ia akan memberi impak atau game change kepada rakyat Sabah termasuk dalam bidang ekonomi dan pelancongan.

    “Saya percaya ia juga bantu pertingkat pembangunan di Sabah dan mungkin dengan adanya game change ini, Sabah akan terkeluar daripada kemiskinan, sebab itu saya dan pasukan melawat sendiri beberapa jajaran yang boleh digunakan untuk cadangan projek ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek Empangan Air Cinta Mata di Gudang Empat di sini hari ini.

    Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata pendekatan pembinaan itu juga bagi memudahkan akses rakyat di kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia selain meningkatkan mutu keselamatan sempadan.

    Sementara itu, katanya projek Empangan Air Cinta Mata di Gudang Empat bernilai lebih RM400 juta kini dalam proses untuk disiapkan sebelum hujung 2024 sekali gus dapat membekalkan air bersih kepada hampir seluruh penduduk Tawau.

    “Projek ini tergendala akibat pelaksanaan beberapa kali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pekerjanya juga melibatkan pekerja asing yang memerlukan permit kerja namun segala permasalahan itu diselesaikan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...