Pembinaan jambatan dinanti penduduk

TUARAN, 26 JUN – Pembinaan jambatan menyeberangi Sungai Damit menghubungkan pekan Tuaran dan Tamparuli bakal menjadi kemudahan baharu lebih 7,000 penduduk dari tujuh perkampungan di daerah ini.

Jambatan bernilai RM18 juta yang dijadualkan siap lima bulan dari sekarang dan dinantikan oleh penduduk Kampung Sawah, Sungai Damit, Bintangor, Pitas, Bantayan, Damat dan Bontoi, Tamparuli lebih 30 tahun itu. – Bernama