Oleh Azlan Othman
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Jambatan Temburong yang menghubungkan Bandar Seri Begawan dan Temburong pada masa ini sudah pun siap 30 hingga 35 peratus dan kerja-kerja kejuruteraan bernilai $1.6 bilion dijangka siap sepenuhnya pada November 2019, menurut Pengurus Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE) China State Construction Engineering Corporation Limited (CSEC), Awang Mohd Ali bin Abdullah yang mengendalikan projek jambatan mega itu.
“Kami pada masa ini sudah pun membina 500 meter ukuran jambatan dari selatan ke utara,” kata Awang Mohd Ali.
Menurutnya yang ditemu bual pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Temburong di Bangar, Temburong semalam, bagi memenuhi kelayakan HSSE Brunei, satu sistem berdasarkan sistem United Kingdom sudah pun dilaksanakan.