Pembinaan klinik kesihatan Tabuan Jaya disambung

KUALA LUMPUR, 24 OGOS – Proses memulakan pembinaan Klinik Kesihatan (KK) Tabuan Jaya, Kuching yang mengalami kelewatan sebelum ini, dijangka disambung semula pada Februari tahun depan.

Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang berkata kelewatan memulakan proses pembinaan KK itu berikutan petender projek berkenaan lambat menghantar surat persetujuan.

Beliau berkata disebabkan masalah berkenaan, Lembaga Tender Pusat Persekutuan Sarawak (FCTB) pada 15 Jan lepas, memutuskan projek itu ditender semula dan dibuat secara tender terbuka.

“Tender projek akan dibuat pada September 2020, manakala surat persetujuan (dikeluarkan) Januari 2021 dan projek mungkin mula dalam Februari 2021,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. – Bernama