BEIJING – Disebabkan pengurangannya di China dan India, pembinaan loji janakuasa arang batu yang baru telah susut di seluruh dunia, meningkatkan peluang untuk mencapai matlamat iklim walaupun dipandang pesimisme sebelum ini, kata tiga kumpulan alam sekitar, baru-baru ini.
Satu laporan bersama oleh kumpulan CoalSwarm, Sierra Club dan Greenpeace telah mengikuti satu amaran pada minggu ini oleh dua agensi antarabangsa bahawa dunia perlu beralih cepat dari penggunaan fosil untuk membendung pemanasan global. Pakar alam sekitar kecewa dengan cadangan bajet Presiden Amerika Syarikat Donald Trump baru-baru ini bahawa beliau akan mengurangkan perbelanjaan ke atas tenaga boleh diperbaharui.
Pembinaan bermula dengan loji arang batu di China dan India yang mana telah menurun sebanyak 62 peratus pada bulan Januari lalu berbanding tahun sebelumnya. Manakala pembinaan kemudahan yang baru memulakan operasi mereka menurun sebanyak 29 peratus, menurut laporan itu. Ia mengatakan bahawa loji-loji lama di Amerika Syarikat dan Eropah sudah diberhentikan pada kadar rekod yang ditentukan.
Perkembangan terkini “nampaknya telah membawa matlamat iklim global dalam landasan, meningkatkan prospek bahawa tahap perubahan iklim yang paling teruk mungkin dapat dielakkan,” kata laporan itu.
Ia mengakui “ruang untuk membuat kesilapan itu sangat singkat.” Kemajuan yang ada perlu diteruskan bagi menghapuskan lebih 100 loji arang batu di mana pembinaannya telah digantung. Dan laporan itu juga memberi amaran bahawa beberapa negara, termasuk Korea Selatan dan Indonesia, gagal untuk membangunkan tenaga boleh diperbaharui, yang mungkin akan meningkatkan sumber keperluan mereka kepada kuasa arang batu.


Dalam laporan berasingan, Institut yang berpangkalan di AS bagi Ekonomi Tenaga dan Analisis Kewangan berkata kegagalan dalam penggunaan jana kuasa di Jepun bermakna sebahagian besar daripada 45 loji arang batu negara itu yang telah dirancang mungkin tidak akan pernah dibina.
Laporan menandakan peralihan sentimen dari enam bulan lalu, apabila pakar alam sekitar memberi amaran kepada kerajaan bahawa mereka hanya melakukan sedikit usaha untuk melaksanakan persetujuan iklim Paris. Ditandatangani oleh 170 buah negara, ia memerlukan pengekalan suhu global kepada tidak lebih 2 darjah selsius (3.6 darjah Fahrenheit) dengan harapan untuk mencegah kenaikan paras air laut dan perubahan drastik lainnya.
China, pemancar gas rumah hijau terbesar, berkata penggunaan arang batu akan meningkat sehingga tahun 2030. Tetapi data lain kemudian menunjukkan bahawa ia telah mencapai puncaknya pada tahun 2013 dan penggunaannya telah menurun.
Negara-negara termasuk China, Jerman, India dan Jepun sedang bergerak jauh dari arang batu sebagai satu alternatif yang lebih murah, kata Tim Buckley, pengarah kajian kewangan tenaga IEEFA.
“Saya berfikir Trump tidak dapat menghentikan itu,” katanya.
Walaupun adanya perubahan tersebut, jumlah haba yang memerangkap karbon dioksida di atmosfera berada di paras tertinggi tahun lepas dan semakin meningkat, menurut Pentadbiran Kebangsaan Lautan dan Atmosfera AS.
Di Asia sahaja, ia telah menyumbang kepada 70 hingga 80 peratus pertumbuhan global dalam kapasiti kuasa arang batu dalam tempoh dua dekad akan dating.
Pakar-pakar industri memberi amaran bahawa negara-negara termasuk India, Indonesia, Bangladesh dan Vietnam perlu meningkatkan kuasa arang batu mereka kerana ia adalah satu-satunya pilihan yang berpatutan di rantau itu – mempunyai 500 juta penduduk – yang menghadapi kekurangan akses bagi bekalan elektrik. Kos harga kuasa solar dan angin telah menurun sehingga 80 peratus di beberapa pasaran, namun di tempat lain seperti Bangladesh atau bahagian-bahagian di China, ia masih memerlukan dua kali ganda daripada arang batu.


“Kita perlu memenuhi keperluan asas manusia dan juga prihatin terhadap perubahan iklim dalam satu masa,” kata Yongping Zhai, seorang penasihat tenaga kuasa Bank Pembangunan Asia. “Anda perlu membuat pencampuran bahan api yang berbeza. Arang batu masih berada di sana. Anda tidak boleh mengelakkannya.”
China telah membatalkan hampir separuh kepada penjanaan tambahan kapasiti arang batu yang sudah dirancang sejak setahun lalu tetapi masih memerlukan 100 gigawatt pada tahun 2020, menurut Xizhou Zhou, yang mengetuai gas Asia dan amalan penggunaan kuasa bagi HIS Markit, sebuah firma penyelidikan. Beliau berkata negara-negara Asia dijangka akan menambah 180 gigawatt daripada jumlah global iaitu 210 gigawatt.
“Memang benar bahawa kita sedang melihat kelembapan dalam penambahan loji arang batu, tetapi itu tidak bermakna bahawa permintaan akan berhenti meningkat atau mereka tidak lagi perlu untuk membina loji arang batu,” kata Zhou.
Di China, pembinaan loji kuasa berjumlah lebih daripada 300 gigawatt dan ia telah digantung selepes pengeluaran plan rancangan pembangunan ekonomi selama lima tahun, menurut laporan CoalSwarm itu. Loji janakuasa arang batu utama terakhir di Beijing telah ditutup di bawah rancangannya untuk menukar ibu negara China kepada gas dan sumber kuasa yang lain.
Di Jepun, jumlah kuasa yang dijana daripada arang batu merosot sebanyak 40 peratus secara berperingkat-peringkat dari tahun 2015 sehinggalah menjelang 2030 yang disebabkan oleh permintaan yang lebih rendah dan penggunaan sumber-sumber alternatif, kata laporan IEEFA. – AP