Pembinaan saluran paip gas Norway-Poland bermula

WARSAW, POLAND, 4 MEI – Pembinaan saluran paip gas besar dari Norway akan bermula tidak lama lagi bakal menjadi ‘kejayaan besar’ dalam memberi Poland kemerdekaan dari gas Rusia, kata Presiden Poland, Andrzej Duda hari ini.

Duda berkata Baltic Pipeline akan beroperasi pada Oktober 2022 dan kapasitinya sekitar 10 bilion meter padu (353 bilion kaki padu) gas setahun. Duda menggelarnya sebagai ‘berita yang sangat baik’.

Duda berkata projek Poland-Belanda-Norway itu juga membekalkan gas kepada negara-negara lain di tengah dan timur Eropah terutamanya ke Ukraine, mengurangkan kebergantungannya terhadap gas Rusia. – AFP