Tuesday, December 10, 2024
34.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembinaan terminal komitmen kerajaan

    SANDAKAN, 7 Jan – Pembinaan Terminal Bas Bersepadu Sandakan yang akan siap tidak lama lagi merupakan komitmen kerajaan memenuhi permintaan rakyat.

    Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata terminal bas itu dibina dengan kos RM25.2 juta iaitu RM16.2 juta dari kerajaan persekutuan dan RM9 juta dari kerajaan negeri.

    Katanya pembinaan terminal ini sudah hampir siap, akan memberi ruang yang luas kepada pengusaha bas dan keselesaan kepada rakyat yang menggunakankemudahan bas.

    “Terminal ini dibina atas permintaan rakyat. Kami rancang dan laksanakan bagi memenuhi dan menunaikan janji kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melawat terminal itu di sini, hari ini.

    Terminal Bas Bersepadu Sandakan yang pertama akan siap tidak lama lagi merupakan komitmen kerajaan untuk memenuhi permintaan rakyat. Ia dibina untuk memudahkan operasi pengusaha bas ekspres dan memberi keselesaan kepada para penumpang. – Bernama

    Musa berkata menjadi keutamaan dan komitmen kerajaan untuk menyediakan kemudahan untuk keselesaan rakyat.

    Dalam pada itu, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk James Wong berkata pembinaan bangunan utama terminal itu sudah siap sepenuhnya dan hanya tinggal kerja di bahagian luar membabitkan penimbusan kawasan rendah.

    Katanya terminal ini menyediakan 12 ruang bas iaitu lapan ruang untuk mengambil penumpang dan empat lagi menurunkan penumpang.

    Menurutnya sistem berkomputer akan digunakan di terminal ini termasuk memaparkan waktu bertolak dan ketibaan bas serta pembelian tiket termasuk tempatan menerusi Internet. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda