Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Pembinaan Velodrome ambil masa hingga tiga tahun untuk siap

    KUCHING, 23 MEI – Pembinaan Velodrome bagi acara berbasikal trek yang sedang dirancang di Sarawak dijangka mengambil masa kira-kira dua atau tiga tahun untuk disiapkan.

    Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, velodrome itu tidak dapat disiapkan untuk digunakan bagi temasya dwitahunan Sukan Malaysia 2024 (Sukma 2024) yang dihoskan Sarawak.

    “Sukma 2024 akan berlangsung kira-kira setahun lagi, velodrome tidak dapat disiapkan dalam tempoh ini untuk perlumbaan trek, tapi kita tidak akan gugurkan acara berbasikal yang lain dalam temasya sukan itu nanti.

    “Acara berbasikal yang merangkumi lebuh raya, berbasikal bukit dan BMX, masih dipertandingkan, mungkin kita juga tampilkan acara pecut,” katanya dalam persidangan media di luar persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

    Terdahulu semasa sesi penggulungan bagi kementeriannya, Abdul Karim berkata, Sarawak mencadangkan supaya Sukma 2024 diadakan dari 17 hingga 24 Ogos.

    Beliau berkata, dalam usaha berkongsi kemeriahan Sukma dalam kalangan seluruh penduduk Sarawak, bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri telah dikenal pasti dan dicadang untuk menjadi tuan rumah kepada 32 acara sukan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...