Monday, March 17, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembuat animasi ‘Star Wars’ rancang bina muzium

    SAN FRANCISCO – George Lucas adalah seorang yang tidak asing lagi kepada perjuangan epik pada skrin besar, tetapi dia tidak menyangka akan himpunan koleksi seni beliau semasa di luar kamera.

    Selama hampir satu dekad, pembikin filem itu telah mencuba untuk membina sebuah muzium untuk me-nempatkan koleksi peribadinya yang begitu banyak yang merangkumi 40,000 lukisan, ilustrasi dan bara-ngan-barangan berkaitan filem. Namun keterlibatan undang-undang dan masalah-masalah lain telah menggagalkan usaha beliau.

    Selepas beberapa permulaan yang sukar, Lucas bersama pasukan seni beliau berkata mereka akan membuat keputusan pada akhir bulan ini sama ada untuk menempatkan muzium ini di San Francisco atau Los Angeles, satu strategi yang telah menimbulkan persaingan di California. Selasa lalu, Lucas bersama pasukannya memilih untuk menempatkannya di Los Angeles, di sebelah City of Angels di pinggir teluk bandar itu, memilih LA sebagai tempat sebuah muzium yang akan mempamerkan hasil kerjanya dan koleksi besar sejarah filem.

    Habuannya adalah besar di mana kedua-dua bandar tersebut sangat-sangat menginginkannya.

    “Ini adalah hadiah sivik yang terbesar dalam sejarah Amerika,” kata Datuk bandar LA, Eric Garcetti memberitahu kepada The Associated Press. “Saya rasa Los Angeles ditakdirkan bagi penempatan muzium ini” – satu tanggapan bahawa pegawai-pegawai San Francisco bersaing untuk mendapatkannya.

    Muzium yang akan dinamakan sebagai The Lucas Museum of Narrative Art menjanjikan beratus-ratus pekerjaan dan tarikan yang berprofil tinggi – dan ia dikatakan percuma. Pencipta filem ‘Star Wars’ membiayai projek itu sendiri. Beliau merancang untuk membelanjakan lebih daripada AS$1 bilion untuk membina muzium ini, pembiayaan dan harta daripada hasil seni itu bernilai lebih AS$400 juta. Bersama-sama dengan arkitek China, Ma Yansong, Lucas telah mencadangkan sebuah reka bentuk yang futuristik dan cantik seperti ‘Guggenheim’ dan ‘galactic starfighter’.

    George Lucas bersama pasukan seni beliau berkata mereka akan membuat keputusan sama ada untuk menempatkan muzium ini di San Francisco atau Los Angeles. Namun mereka memilih untuk menempatkannya di Los Angeles. – AP
    George Lucas bersama pasukan seni beliau berkata mereka akan membuat keputusan sama ada untuk menempatkan muzium ini di San Francisco atau Los Angeles. Namun mereka memilih untuk menempatkannya di Los Angeles. – AP
    Gambar fail 16 Januari 2014 menunjukkan George Lucas berucap di Singapura. – AP
    Gambar fail 16 Januari 2014 menunjukkan George Lucas berucap di Singapura. – AP
    Reka bentuk muzium yang dicadangkan akan diletakkan di Exposition Park di Los Angeles. – AP
    Reka bentuk muzium yang dicadangkan akan diletakkan di Exposition Park di Los Angeles. – AP

    Reka bentuk dan konsep muzium yang berani itu menjelaskan bahawa pembikin filem berusia 72 tahun itu melihat ianya sebagai sebahagian daripada legasi beliau, dan dia semakin tidak sabar untuk memecahkan tanah tapak itu.

    “Ia bukan hanya sekadar hadiah yang sangat besar kepada bandar dan dunia, tetapi ia adalah sebuah muzium yang unik dengan caranya yang tersendiri,” kata Don Bacigalupi, seorang ahli sejarah seni dan Pengarah Muzium yang tersohor, Lucas, yang dilantik sebagai presiden pengasas muzium itu nanti. “Sudah tentu, kita akan melihat ke hadapan, pada satu ketika nanti bara-ngan seni itu dipindahkan ke muzium.”

    Ramai yang beranggapan bahawa muzium ini sebagai repositori ‘Star Wars’ yang sangat menarik dan patut dikenang.

    Lucas menghabiskan sebahagian daripada ku-tipan filem dan minat beliau dalam seni yang telah melangkaui seni filemnya.

    Beliau adalah seorang pengumpul tegar bagi lebih daripada 40 tahun. Lucas memberikan muzium itu sebahagian 10,000 lukisan dan ilustrasinya termasuk berpuluh-puluh hasil lukisan Norman Rockwells dan hasil kerja dari seorang impresionis atau penghibur daripada Perancis, Edgar Degas sehinggalah artis kontemporari Amerika, Keith Haring. Ia juga mempunyai ilustrasi bagi buku kanak-kanak klasik oleh Beatrix Potter daripada kemasyhuran ‘Peter Rabbit’ dan Jean de Brunhoff, yang mencipta ‘Babar’.

    Muzium ini juga akan mempamerkan kira-kira 30,000 barangan dari filem yang berkaitan termasuk papan cerita dan pakaian kostum daripada ‘The Wizard of Oz,’ ‘Casablanca,’ dan juga ‘Star Wars.’

    Begitu juga hasil seni dari buku-buku komik, novel grafik dan kerja-kerja lain yang popular di mana Lucas berharap akan menarik orang ramai yang biasanya tidak suka melawat muzium. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja