Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembuat kain broked terakhir Maghribi

    FES – Abdelkader Ouazzani, penenun terakhir broked Maghribi, telah mengulangi beberapa langkah dan sulaman setelah melakukannya selama 63 tahun di sebuah bengkel yang usang di tengah-tengah kota lama, Fes.

    “Kemahiran ini semakin lenyap, sebelum ini memang banyak tukang pembuat kain broked di Fes, namun kebanyakan mereka telah meninggal dunia dan hanya tinggal kenangan sahaja,” kata penenun berusia 79 tahun, penenun terakhir kain broked zaman dahulu kepada media.

    Kemahiran tangannya mampu menghasilkan fabrik sutera yang berkilauan, dihiasi lagi dengan benang emas atau perak manakala untuk barang kemas pengantin, ia dicipta dengan sentuhan reka bentuk yang menakjubkan dan mewah. Hampir keseluruhan badan warga emas itu melakukan kerja yang rumit dengan menggunakan mekanisme drawloom yang terdiri daripada bingkai kayu yang besar, alang (bumbung), kasau, mata pisau, kapi dan banyak lagi.

    Kaki warga emas itu akan diletakkan di atas pedal kayu, bahunya pula akan membongkok ke hadapan, tangannya pula mengayunkan torak kayu. “Ia adalah mengenai persoalan pengiraan, setiap benang akan melalui jalannya sendiri, ia seperti Matematik,” kata lelaki tua itu. Dia sengaja merahsiakan ‘rule of art’ di mana sudah lama dipelajarinya sejak muda lagi di mana ketika itu belum ada lagi mesin-mesin industri untuk melakukan pekerjaan itu.

    Nenek moyang tahu bagaimana

    Pekerjaan warga emas itu meliputi fizikal dan ketelitian malah ia mengambil masa satu hari untuk menenun satu meter kain broked. “Tidak semua orang dibenarkan untuk melihatnya, ia sangat istimewa malah dia adalah lelaki terakhir yang masih aktif melakukan pekerjaan itu di sini,” jelas seorang pemandu pelancong yang telah mengetuai sekumpulan pelancong dari Thailand ke bengkel tersebut. Mereka berkunjung ke bengkel itu atas cadangan dari isteri ketua sebuah bank besar Maghribi yang juga seorang pelanggan kain warisan itu.

    Ia turut menerangkan bahawa warisan ini sudah dimulai sejak nenek moyang mereka lagi yang mempunyai akar atau hubungan dengan Sultan Merinid sekitar abad ke-13. – AFP

    Ia turut menerangkan bahawa warisan ini sudah dimulai sejak nenek moyang mereka lagi yang mempunyai akar atau hubungan dengan Sultan Merinid sekitar abad ke-13. – AFP
    Pekerjaan warga emas itu meliputi fizikal dan ketelitian malah ia mengambil masa selama satu hari untuk menenun satu meter kain broked. – AFP

    Hampir keseluruh badan warga emas itu melakukan kerja yang rumit dengan menggunakan mekanisme drawloom yang terdiri daripada bingkai kayu yang besar, alang (bumbung), kasau, mata pisau, kapi dan banyak lagi. – AFP

    Dalam satu artikel sejarah Hesperis, yang diterbitkan pada tahun 1950 oleh Institut Pengajian Tinggi Maghribi telah menggambarkan tenunan broked dari Fes semakin menghilang malah tradisi seumpama itu telah hilang di mana-mana tempat yang lain khususnya di Afrika Utara.

    Ia turut menerangkan bahawa warisan ini sudah dimulai sejak nenek mo-yang mereka lagi yang mempunyai akar atau hubungan Sultan Merinid sekitar abad ke-13. “Pada tahun 1950an, masih terdapat empat atau lima buah bengkel yang masih beroperasi,” kata Mohamed Akhda, jurupandu yang bertanggungjawab membawa para pelancong Thailand. “Anda merupakan yang terakhir di negara ini,” tambahnya.

    Ouazzani berkata bahawa dia tidak dapat mencari pemuda untuk mengambil alih bengkelnya itu nanti. “Orang ramai seperti tidak mahu belajar profesion ini,” katanya. “Tidak ada sesiapa yang peduli malah masa depan warisan ini semakin terancam,” jelas salah seorang pelancong di luar bengkel tersebut dan memuji Ouazzani sebagai pakar dalam kraf tangan itu dan tidak dipertikaikan lagi.

    Dalam kalangan kumpulan elit

    Apabila trend fesyen semakin berubah-ubah, tali pinggang yang berwarna-warni dan menjadi kebanggaan para penenun Fes selama berabad-abad akan berhenti dijual. Dalam era globalisasi, cabaran muncul terutama persaingan berskala industri.

    Di Fes sebagaimana beberapa buah tempat yang lain, beberapa buah kedai cenderahati telah menjual produk kain tersebut yang dibuat dan dihasilkan di China.

    Ouazzani, sebaliknya terus bekerja keras dan menerima komisen daripada para pelanggan yang dinyatakannya sebagai ‘golongan elit’. Warisan kain tersebut dianggarkan bernilai sehingga 5,000 dirham setiap meter iaitu kira-kira 500 euro, bergantung kepada kerumitan corak yang dihasilkan.

    Sebuah tablet digital digunakannya untuk menunjukkan gambar-gambar kain yang paling indah dan tablet itu adalah satu-satunya objek moden dalam bengkelnya di mana kebanyakannya dipenuhi dengan perabot kuno. Di dinding yang tinggi pula digantung gambar sijil diploma dan beberapa keping gambar fesyen dari sebuah majalah yang semakin memudar.

    Warga emas itu turut menyembunyikan khazanah yang paling berharga di dalam sebuah almari kayu kecil yang ditutup dengan lapik meja.

    Ouozzani membuka buku katalog dan memperlihatkan 16 meter kain bermotifkan corak tradisi Hispanik-Moor, seni orientalis atau rekaan Eropah. “Ini saya buat untuk Colette,” kata warga emas itu, sambil menunjukkan gambar kaftan dengan corak geometri.

    Antara kebanggaan warga emas itu apabila hasil karyanya itu dipaparkan dan dipamerkan di tingkap sebuah butik di Perancis yang terkenal sehingga butik itu ditutup pada tahun 2017. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda