Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Pembuat vaksin cacar monyet sedia penuhi permintaan

    COPENHAGEN, 23 JUN – Sebagai makmal tunggal yang mengeluarkan vaksin berlesen terhadap cacar monyet, syarikat Denmark, Bavarian Nordic telah mendapat permintaan tinggi kerana penyakit yang biasanya jarang berlaku itu telah merebak ke seluruh dunia.

    “Kelulusan yang kami dapat pada 2019, apabila kami hanya menjual beberapa ratus dos, tiba-tiba menjadi sangat relevan untuk kesihatan antarabangsa,” kata naib presiden syarikat itu, Rolf Sass Sorensen. Bavarian Nordic terkejut dengan penularan mendadak penyakit tersebut awal tahun ini ke berpuluh-puluh buah negara di luar Afrika Barat dan Tengah di mana ia sebelum ini secara amnya telah dikawal. Tetapi Sorensen berkata bahawa beliau yakin syarikat itu boleh memenuhi permintaan global walaupun ia hanya mempunyai satu kemudahan pengeluaran.

    “Dengan permintaan semasa, kami boleh membekalkan pasaran global dengan mudah. ​​Kami mempunyai beberapa juta dos yang boleh kami masukkan ke dalam botol dan memastikan wabak semasa dapat dikendalikan,” katanya kepada AFP dalam satu temu bual. Bavarian Nordic turut mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 30 juta dos vaksin.

    Vaksin cacar syarikat Denmark, yang dipasarkan sebagai Imvanex di Eropah, Jynneos di Amerika Syarikat (AS) dan Imvamune di Kanada, ialah serum generasi ketiga (vaksin aktif yang tidak mereplikasi dalam tubuh manusia). Ia telah dilesenkan di Eropah sejak 2013. – AFP

    Gambar menunjukkan ibu pejabat syarikat bioteknologi Denmark, Bavarian Nordic di Hellerup, utara Copenhagen. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...