Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pembuatan Jeep SUV di China dihenti

    PARIS, 18 JULAI – Syarikat pembuat kereta Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, Stellantis berkata hari ini bahawa ia akan menghentikan pembuatan Jeep SUV di China selepas gagal mendapatkan pegangan saham majoriti dalam usaha samanya dengan firma tempatan, Kumpulan Automobil China Guangzhou (GAC).

    GAC-Stellantis adalah salah satu daripada dua usaha sama di China yang dimulakan oleh Stellantis, yang ditubuhkan pada Januari 2021 dengan penggabungan dengan Fiat-Chrysler dan PSA.

    Ia berkata langkah itu dibuat disebabkan oleh kekurangan kemajuan dalam rancangan yang diumumkan sebelum ini untuk Stellantis mengambil pegangan majoriti dalam perniagaan itu.

    Keputusan untuk meninggalkan GAC akan menyebabkan kerugian kira-kira 297 juta euro dalam separuh pertama tahun ini, dalam laporan yang akan dikeluarkan pada hujung Julai.

    Stellantis berkata ia akan mula memberi tumpuan kepada pengedaran kenderaan import untuk jenama Jeep di China.

    Kumpulan berkenaan – yang termasuk jenama Peugeot, Alfa Romeo dan Citroen – berharap untuk meningkatkan pegangan sahamnya di GAC kepada 50 hingga 75 peratus.

    Langkah itu berkemungkinan dapat dilakukan oleh perubahan dalam peraturan China yang membenarkan penglibatan pelabur asing, dengan syarat mereka mendapat kelulusan daripada kerajaan Beijing.

    Sementara itu, Stellantis memberitahu AFP mengenai keputusannya untuk menarik diri itu tidak berkaitan dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan China. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...