Pembukaan Disneyland California ditunda lagi

LOS ANGELES, 25 JUN – Disneyland di California semalam menangguhkan rancangan pembukaan semula apabila kes koronavirus meningkat di negeri Amerika Syarikat (AS).

Taman resort berhampiran Los Angeles, termasuk Disneyland dan Disney California Adventure, telah merancang untuk mengalu-alukan semula pelawat pada 17 Julai, sementara menunggu kelulusan dari kerajaan.

Disney berkata dalam satu kenyataan bahawa pegawai California tidak akan mengeluarkan garis panduan pembukaan semula sebelum 4 Julai, meninggalkan masa yang tidak cukup untuk taman tema beroperasi semula seperti yang dicadangkan.

“Berdasarkan masa yang diperlukan untuk kami membawa ribuan watak kembali bekerja dan memulakan semula perniagaan kami, kami tidak mempunyai pilihan melainkan menangguhkan pembukaan semula taman tema dan hotel resort sehingga kami menerima kelulusan daripada pegawai kerajaan,” menurut kenyataan.

Tidak ada tarikh pembukaan baharu yang diumumkan.

Disneyland ialah taman tema yang kedua paling dikunjungi di dunia, menarik puluhan ribu pelawat setiap hari, tetapi ia ditutup pada pertengahan Mac disebabkan kebimbangan jangkitan koronavirus.

Penangguhan itu mendorong taman resort California menyusuli tindakan taman tema Disney lain. – AFP