Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembukaan lampu isyarat di persimpangan Lebuh raya Telisai-Lumut

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 April – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa lampu isyarat di persimpangan Lebuh raya Telisai-Lumut akan mula beroperasi esok, 8 April jam 10 pagi.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JKR di sini hari ini, pemasangan lampu isyarat di persimpangan itu bertujuan meningkatkan lagi tahap keselamatan di jalan raya dan pengawalan lalu lintas lebih efisien di kawasan tersebut.

    Sehubungan itu, JKR ingin mengingatkan semua pengguna jalan raya untuk memandu lebih berhati-hati dan mematuhi tanda-tanda lalu lintas demi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku di samping mengamalkan sikap bertolak ansur sesama pengguna jalan raya demi keselamatan bersama.

    Sebarang aduan bolehlah menghubungi Talian Darussalam 123/livechat +6738333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel pro@pwd.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda