Pembukaan pendaftaran Larian Reintegrasi 4

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Larian Reintegrasi pada tahun ini akan diadakan pada hari Ahad 21 Jun bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Larian Reintegrasi 4 (LR04) ini dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Brunei Darussalam dengan kerjasama daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.

Sehubungan itu, penyerahan poster larian dan perasmian pembukaan pendaftaran larian tersebut berlangsung hari ini di Airport Mall, Berakas. Acara dimulakan dengan penyampaian poster-poster larian dan seterusnya menyaksikan pameran kelengkapan larian.

Tema Larian tahun ini ‘Bersatu 2020’ (Unity 2020), adalah bertujuan agar bekas penghuni Program Rakan Seliaan (PRS) terus menanai tanggungjawab semula sebagai rakan seliaan di dalam masyarakat dan akan dapat terus bekerjasama demi mencapai matlamat PRS.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan poster-poster berkenaan ialah pengerusi jawatankuasa larian, Pengiran Omar bin Pengiran Haji Othman dan Hajah Juhana bini Haji Mohammad Jaya.

Pengiran Haji Othman ketika menyampaikan poster Larian Reintegrasi 4 di Airport Mall, Berakas.