Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Pembukaan pesta jualan Korea Selatan diadakan sederhana

    SEOUL, 1 NOV – Acara beli-belah tahunan terbesar di Korea Selatan bermula hari ini dalam skala sederhana susulan tragedi Itaewon pada hujung minggu lalu.

    Pesta Jualan Korea itu akan diadakan secara dalam talian sehingga 15 November dengan kira-kira 2,300 syarikat mengambil bahagian, menurut kenyataan Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga. Jumlah penyertaan syarikat itu yang terbesar sejak festival berkenaan dilancarkan pada 2016, lapor Yonhap.

    Pelbagai tawaran murah dan istimewa disediakan merangkumi produk pakaian, makanan dan barangan lain selain menyediakan pelbagai peluang kepada pengeluar kecil dan pengeluar khusus serantau untuk mempromosikan produk mereka.

    Menurut kementerian, pihak kerajaan turut menyediakan daging lembu dan produk perikanan pada harga yang lebih rendah untuk membantu menstabilkan harga. Beberapa acara yang dirancang sempena pesta itu dibatalkan ketika Korea Selatan berkabung berikutan tragedi rempuhan di Itaewon yang setakat ini meragut 155 nyawa dan mencederakan 152 yang lain.

    “Pesta jualan tahunan itu menumpukan kepada usaha untuk menstabilkan harga pengguna dan menyokong pemulihan sentimen pengguna memandangkan negara sedang menghadapi kenaikan harga  dan situasi sukar yang lain,” menurut kementerian itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...