Pembukaan sekolah tiga daerah ditangguh

KUCHING, 14 JULAI – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini memutuskan bahawa pembukaan semula sesi persekolahan bagi sekolah-sekolah menengah di daerah Kuching, Padawan dan Samarahan yang dijadualkan bermula esok, ditangguhkan sehingga 3 Ogos.

Pengerusinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata “penangguhan itu melibatkan sebanyak 138 buah sekolah iaitu 87 buah sekolah di Kuching, 48 sekolah di Padawan dan tiga buah sekolah di Samarahan, manakala bagi kelas prasekolah, tingkatan lima dan tingkatan enam atas, sesi persekolahan diteruskan seperti biasa,” katanya pada sidang media COVID-19 di bangunan DUN Lama di sini, hari ini. – Bernama