Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Pembukaan sempadan bantu pulihkan ekonomi – KM Sabah

    KOTA KINABALU, 9 MAC – Pembukaan sempadan negara pada 1 April ini dilihat bakal membantu memulihkan ekonomi Sabah yang terjejas teruk akibat penularan COVID-19, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

    Beliau berkata ini kerana penutupan sempadan Malaysia sejak kira-kira dua tahun lepas menjejaskan sektor pelancongan negeri yang merupakan antara sumber pendapatan utama ekonomi Sabah dan pemain industri pelancongan juga telah memohon supaya sempadan negara dibuka segera.

    Hajiji bagaimanapun menegaskan pembukaan sempadan negara perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang berkesan bagi mengekang penularan COVID-19.

    “Sabah telah bersiap sedia untuk mengalu-alukan kedatangan pelawat dan memastikan ini akan membantu ekonomi, bagaimanapun Sabah akan menunggu pengumuman terperinci supaya ia boleh menyelaraskan SOP untuk memenuhi keadaan dan keperluan negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan sempadan negara akan dibuka semula pada 1 April, selari dengan perancangan memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.

    Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun juga semalam berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah akan menunggu SOP lebih terperinci diumumkan, sebelum membuat sebarang cadangan berkaitan pembukaan sempadan negara oleh kerajaan Persekutuan.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika dihubungi Bernama senada dengan Hajiji dan turut menegaskan pembukaan sempadan itu perlu diadakan bersama dengan SOP yang ketat. – Bernama

    Kerajaan Malaysia, pada 8 Mac memutuskan supaya sempadan negara dibuka bermula 1 April ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...