Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Pembukaan sempadan masih diteliti

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Jawatankuasa Pandu COVID-19 masih lagi membuat penelitian bagi beberapa perkara seperti pembukaan semula sempadan darat dan laut, selain daripada membincangkan pelaksanaan ujian pantas antigen (ART) yang dibuat setiap minggu dan pengimbasan kod QR.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah menjelaskan perkara tersebut semasa menjawab persoalan media pada sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    “Pada masa ini, kita sudah mengurangkan sekatan seperti tidak ada had perkumpulan ramai dan sebagainya, langkah seterusnya bagi beberapa perkara lagi akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Pandu COVID-19,” jelas beliau.

    Yang Berhormat Dato menjelaskan bahawa melonggarkan sekatan sempadan tersebut adalah tertakluk kepada keadaan situasi COVID yang akan datang dan pengumuman akan dibuat jika ia sesuai untuk dilonggarkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...