Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Pembukaan sempadan tingkat hubungan Malaysia-Thailand

    JELI, 20 MAC – Pembukaan semula sempadan negara akan kembali merancakkan sektor ekonomi Malaysia dan Thailand serta meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara, sama seperti yang berlaku sebelum penularan COVID.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keputusan kerajaan untuk membuka sempadan pada 1 April nanti amat dinantikan semua pihak khususnya mereka yang terkesan akibat pandemik tersebut.

    “Kita (Malaysia) mempunyai hubungan baik dengan Thailand dari segi ekonomi dan pelancongan, keputusan pembukaan sempadan amat dinantikan.

    “Kelantan mempunyai tiga pintu utama rasmi untuk keluar masuk ke Thailand iaitu di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga, maka apabila sempadan dibuka ia akan meningkatkan perniagaan dan (sektor) pelancongan di bandar tersebut serta bandar berdekatan,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Balai Bomba dan Penyelamat Kemahang, Tanah Merah, di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...