Sunday, December 15, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembukaan semula sebahagian lebuh raya Muara Tutong

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Jabatan Kerja Raya (KJR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama para pengguna jalan raya mengenai pembukaan semula sebahagian Lebuh raya Muara Tutong pada esok (31 Julai) bermula pada jam 9:00 pagi.

    Pembukaan semula sebahagian Lebuh raya Muara Tutong (rujuk peta), yang berada di kawasan Projek Pembinaan Jejambat Dari Lebuh raya Muara Tutong ke Rancangan Perumahan Lugu berkenaan adalah bagi pengguna jalan raya dari Muara menghala ke Tutong.

    Sehubungan ini, pihak JKR ingin mengingatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya akan mengambil langkah untuk berhati-hati semasa melalui kawasan berkenaan di samping mematuhi papan tanda lalu lintas serta mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

    Bagi sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak JKR ini melalui Talian Darussalam 123, Livechat Facebook JKR dan e-mel ke pro@pwd.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda