Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pembukaan semula sempadan Malaysia akan diumum PM

    PUTRAJAYA, 24 FEB – Pengumuman mengenai pembukaan semula sempadan negara akan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kerajaan sudah mempunyai tarikh yang sesuai untuk pembukaan semula sempadan negara. “Perdana Menteri akan mengumumkan tarikh pembukaan sempadan negara, kita sudah mempunyai tarikh yang sesuai dan kita menyerahkannya kepada Perdana Menteri untuk membuat pengumuman,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

    Selasa lepas, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata ketika ini, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyedia dan memperhalusi SOP berhubung pembukaan semula sempadan Malaysia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...