Pembukaan Takaful Brunei Corporate di Kuala Belait

BELAIT, 18 SEPT – Takaful Brunei Corporate telah membuka pejabatnya yang kedua di Plaza Sutera Biru, Kuala Belait dengan majlis pembukaannya diadakan hari ini.

Menurut kenyataan yang diberikan, pembukaan pejabat baharu berkenaan adalah untuk memudahkan perniagaan-per-niagaan dan entiti korporat di kawasan Kuala Belait mendapatkan konsultasi perlindungan Takaful bagi keperluan operasi perniagaan dan korporat.

Takaful Brunei Corporate yang membuka pejabat pertamanya di Beribi, Bandar Seri Begawan pada Februari lalu menyediakan platform khusus bagi semua pemilik perniagaan kecil, sederhana dan besar serta entiti korporat.

Kenyataan menyatakan, pejabat baharu berkenaan menyediakan kemudahan-kemudahan yang membolehkan klien-klien korporat untuk mendapatkan akses kepada bilik-bilik mesyuarat persendirian dan dibantu oleh pasukan berpengalaman dan menyediakan sebut harga segera bagi produk-produk bukan nasihat bagi klien.

Pembukaan pejabat kedua Takaful Brunei Corporate di Kuala Belait.